Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan ditemukan di atas sofa di hadapan sebuah kedai makan di Taman Bahtera, Ulu Bernam, Hulu Selangor. Foto: BERNAMA

Bayi perempuan ditemukan di hadapan kedai makan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 21 Ogos :  Seorang bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan ditemukan di atas sofa di hadapan sebuah kedai makan di Taman Bahtera, Ulu Bernam, Hulu Selangor, semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Arsad Kamaruddin berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 33 tahun yang menjumpai bayi berkenaan pada 9.49 pagi.

“Pemeriksaan oleh pegawai perubatan mendapati bayi itu dalam keadaan sihat dan tiada kesan luka atau gigitan binatang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Arsad berkata pihaknya sedang mengenal pasti individu yang terlibat dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi.

Terdahulu tular sebuah video berdurasi 53 saat menerusi media sosial memaparkan seorang bayi ditinggalkan di atas sofa sebelum ditemukan orang ramai. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan