Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota Balai dan Penyelamat Sarikei menangkap ular sawa sepanjang tiga meter di dalam longkang berhampiran sebuah kedai kopi di Sarikei. Foto: BBP Sarikei.

Ular sawa tiga meter ‘bersarapan’ sebelah kedai kopi kejutkan orang ramai

SARIKEI, 21 Ogos : Kehadiran seekor ular sawa sepanjang tiga meter yang ‘tersadai’ dalam longkang berhampiran sebuah kedai kopi di Jalan Bersatu, di sini mengejutkan pelanggan yang bersarapan di situ.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Penolong Penguasa Bomba Mahmudin Narudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 7.35 pagi tadi.

Menurut Mahmudin, setibanya di lokasi, anggota bomba mendapati ular sawa itu ‘tidak dapat bergerak’ kerana dipercayai kekenyangan selepas menelan seekor kucing.

“Bomba mengambil masa hampir 10 minit untuk menangkap reptilia itu kerana saiznya agak besar,”katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, ular sawa itu kemudian dilepaskan ke habitat asalnya yang jauh dari penempatan penduduk dan operasi berakhir pada pukul 7.50 pagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan