Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ubat yang terlibat ialah Ozempic, ubat yang mengandungi bahan aktif semaglutide, yang juga diluluskan oleh Kesatuan Eropah (EU) untuk rawatan diabetes jenis 2. Foto Envato

Jabatan Kesihatan Sabah mohon maaf salah bagi ubat kepada pesakit

LAHAD DATU, 20 Ogos : Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) memohon maaf kepada keluarga pesakit yang terlibat dalam isu pemberian ubat yang salah oleh pegawai perubatannya di Klinik Kesihatan Felda Sahabat, Lahad Datu.

Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr. Rose Nani Mudin berkata, pihaknya mendapati terdapat kelemahan komunikasi antara pegawai perubatan dengan pesakit yang mendapatkan rawatan itu sehingga berlaku kejadian tersebut.

Menurutnya, berdasarkan siasatan pegawai perubatan terlibat telah melihat buku rawatan yang dibawa pesakit dan didapati pesakit mempunyai rekod diberi ubat kencing manis sebelum ini.

“JKNS mengesyaki buku rawatan yang dibawa pesakit telah bercampur dengan buku rawatan isterinya dan ini telah menimbulkan kekeliruan kepada pegawai perubatan berkenaan yang meneruskan pemberian ubat kencing manis kepada pesakit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mengikut rekod pesakit mempunyai sejarah perubatan penyakit darah tinggi dan pembengkakkan kelenjar prostat.

Dr. Rose Nani berkata, sepatutnya pegawai perubatan berkenaan memberikan penerangan kepada pesakit dan keluarga pesakit tentang status penyakit yang dihadapi pesakit dan jenis ubat yang diberikan.

“Sekiranya penerangan dilaksanakan sudah tentu kekeliruan dapat dielakkan,”katanya lagi.

Sehubungan itu JKNS akan memastikan pegawai-pegawai perubatan yang bertugas di Sabah terutama kawasan pedalaman mendapat latihan merawat pesakit termasuk komunikasi berkesan secara berkala. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan