Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, Malaysia akan mengukuhkan kerjasama dua hala dengan Indonesia membabitkan bidang penerangan, komunikasi dan perfileman. Foto David Andreas (TVS)

Malaysia dan Indonesia tingkat kerjasama industri perfileman dan penyiaran

JAKARTA, 20 Ogos : Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, Malaysia akan mengukuhkan kerjasama dua hala dengan Indonesia membabitkan bidang penerangan, komunikasi dan perfileman.

Annuar yang dalam lawatan kerja di negara ini berkata, perkara berkenaan antara yang dipersetujui susulan pertemuan beliau dengan Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia, Sandiaga Salahuddin Uno petang semalam.

Kata beliau, pertemuan itu bertujuan untuk memperbaharui memorandum persefahaman (MoU) di antara kedua – dua negara yang telah dimeterai sebelum ini.

“Di bidang perfileman, Malaysia dan Indonesia akan mengalakkan produksi filem dua negara meneroka penerbitan filem sekaligus mengambil peluang pasaran filem dalam bahasa Melayu dan bahasa Indonesia.

“Saya dan Sandiaga juga bersetuju untuk memperhalusi rancangan itu di peringkat yang lebih tinggi dengan mencadangkan pertemuan ekonomi kreatif selanjutnya di Bali, pada Oktober ini,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu.

Baca artikel berkaitan > > > Malaysia-Indonesia setuju bekerjasama isu keselamatan siber dan telekomunikasi

Sementara itu, Sandiaga memaklumkan beliau akan membuat kunjungan balas ke Malaysia untuk merealisasikan perkara yang dibincangkan dan berharap dapat memperluas kerjasama serta mencipta lapangan kerja di sektor ekonomi kreatif.

Dalam pada itu, atur cara Annuar di Indonesia hari ini diteruskan dengan melakukan lawatan ke Konglomerat Penyiaran ASEAN, MNC Group pagi tadi di Jakarta Barat.

Beliau turut diiring Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia Indonesia, Adlan Mohd. Shaffieq dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Prof Dr Md Nasir Ibrahim.

Sempena lawatan itu, delegasi Malaysia mengambil peluang untuk melihat perkembangan dunia penyiaran di Indonesia terutamanya penggunaan teknologi digital terkini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan