Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris berkata keemua projek tersebut merangkumi pembinaan padang futsal di Kampung Tanjung Harapan, rumah komuniti di Daerah Simunjan serta penaiktarafan jalan kampung di Kampung Ensengei Iban. Foto: Pusat Khidmat N25 Simunjan

Tiga projek pembangunan baharu bakal tingkat kualiti hidup warga Simunjan

ByFarah Diyana Samsuddin

SIMUNJAN, 2 Julai: Simunjan bakal menyaksikan perubahan positif menerusi tiga cadangan projek pembangunan baharu yang dirancang bagi meningkatkan kemudahan dan kualiti hidup penduduk setempat. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris berkata kesemua projek tersebut merangkumi pembinaan padang futsal di Kampung Tanjung Harapan, rumah komuniti di Daerah Simunjan serta penaiktarafan jalan kampung di Kampung Ensengei Iban.

“Cadangan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan untuk memastikan pembangunan luar bandar terus diberi perhatian, sejajar dengan keperluan semasa masyarakat dan matlamat pembangunan yang inklusif,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Bagi menilai kesesuaian lokasi serta keperluan teknikal bagi setiap projek, Awla memberitahu satu lawatan tapak telah diadakan pada Selasa,

Lawatan tersebut dedahnya melibatkan kerjasama erat antara pelbagai agensi kerajaan termasuk Pusat Khidmat P200 Batang Sadong, Pejabat Daerah Simunjan, Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Samarahan, Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Bahagian Samarahan serta Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Samarahan.

“Kehadiran semua agensi terlibat mencerminkan komitmen bersama dalam memastikan pelaksanaan projek memenuhi standard yang ditetapkan dan memberi manfaat jangka panjang kepada komuniti.

“Setiap projek dirancang berdasarkan input dari masyarakat setempat, agar hasil pelaksanaannya benar-benar menyentuh keperluan dan kepentingan rakyat,” ujarnya.

Selain daripada menambah baik infrastruktur, Awla memberitahu kesemua projek berkenaan juga diharap mampu mencetuskan pertumbuhan ekonomi mikro dan memperkukuh ikatan sosial di kalangan penduduk, khususnya di kawasan luar bandar yang memerlukan perhatian lebih.

“Usaha ini membuktikan bahawa perancangan dan pelaksanaan pembangunan di Simunjan bukan sekadar janji, tetapi satu komitmen yang terus diterjemahkan melalui tindakan nyata di lapangan,” tegasnya. 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan