Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota bomba bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max selepas nahas di Batu 16, Jalan Lahad Datu-Sandakan. Foto JBPM

Tiga maut dalam nahas pacuan empat roda dan treler di Lahad Datu

ByTVS

LAHAD DATU, 2 Julai: Tiga lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler muatan minyak sawit di Batu 16, Jalan Lahad Datu-Sandakan malam tadi.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.52 malam dan tiba di lokasi kira-kira 20 minit kemudian.

Komander Operasi PBK I Mohammad Akbar Mohambar berkata perlanggaran itu melibatkan treler milik syarikat Yee Ping Sdn Bhd dan sebuah Isuzu D-Max yang remuk teruk.

“Tiga lelaki yang tersepit dalam kenderaan pacuan empat roda berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba, namun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai KKM,” katanya.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd Azizi, 28 (pemandu), Mohd Rasman Ahmat Kechil, 28, dan Muhammad Zulkhairi Ismail, 29.

Pemandu treler, Abd Kadir Lanusa, 61, mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Operasi disertai 12 anggota bersama tiga jentera — LFRT, EMRS dan FRV — dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.40 tengah malam setelah memastikan tiada bahaya lain di lokasi.

Pihak polis kini menjalankan siasatan lanjut berhubung punca kejadian. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan