Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tangkap layar video AI yang menampilkan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memegang watak sebagai juruterbang pesawat AirBorneo.

Premier Sarawak muncul juruterbang AirBorneo dalam video AI

KUCHING, 2 Julai: Para hadirin di Persidangan Media Sarawak (SMeC) 2025 hari ini tidak menyangka akan “terbang” bersama AirBorneo apabila tayangan video AI memaparkan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, muncul sebagai juruterbang pesawat khas ciptaan maya itu.

Turut menghiburkan, video berkenaan turut menampilkan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol sebagai pramugara serta Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali sebagai pramugari.

Tayangan istimewa itu dipertontonkan sewaktu Datuk Abdullah menyampaikan ucapan alu-aluan, mencuit hati para hadirin yang spontan memberikan tepukan sejurus video tamat.

Menariknya, Abdullah mendedahkan bahawa jalan cerita video AI berkenaan adalah hasil ideanya sendiri, sebelum direalisasikan oleh seorang guru kreatif, Muhammad Zulhanis Abang Zakaria.

Zulhanis dari SMK Green Road yang menghasilkan video itu sepenuhnya menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

“Dalam video AI ini saya ingin menampilkan antara pembangunan terbaharu Sarawak iaitu AirBorneo.

“AirBorneo ini saya ibaratkan Sarawak dan juruterbangnya adalah Premier Sarawak yang memimpin agar wilayah ini terus maju,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian Persidangan Media Sarawak di sini.

Dalam pada itu, Zulhanis menceritakan penghasilan video itu mengambil masa tujuh jam.

“Jalan cerita sudah disediakan oleh Datuk Abdullah, justeru tugas saya untuk menterjemahkannya dalam bentuk video,” katanya.

Walaupun berbentuk santai dan lucu, video ini menyampaikan mesej mendalam yakni Sarawak kini sedang ‘memandu pesawat’ media dan komunikasi ke arah lebih dinamik, kreatif dan berpaksikan teknologi masa hadapan.

Ia juga menyerlahkan peranan kepimpinan negeri dalam mendukung inovasi, termasuk dalam bidang media dan penyampaian maklumat.

SMEC 2025 menyaksikan kehadiran pemain industri media, wartawan, pelajar serta wakil agensi kerajaan dan swasta, sekali gus menjadi platform penting memperkukuh ekosistem media digital Sarawak.

Pada April lalu, Abang Johari memaklumkan bahawa syarikat penerbangan milik Sarawak, AirBorneo, dijadualkan memulakan operasi tahun hadapan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan