Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penggantungan perkhidmatan dialisis di Kompleks Perubatan al-Shifa di Gaza mengancam nyawa kira-kira 350 pesakit, lapor Xinhua yang memetik kenyataan pihak berkuasa kesihatan itu pada Selasa. Foto AFP

Penggantungan perkhidmatan dialisis ancam nyawa – Pihak berkuasa kesihatan Gaza

ByBernama

GAZA, 2 Julai: Penggantungan perkhidmatan dialisis di Kompleks Perubatan al-Shifa di Gaza mengancam nyawa kira-kira 350 pesakit, lapor Xinhua yang memetik kenyataan pihak berkuasa kesihatan itu pada Selasa.

Menurut kenyataan media pihak kesihatan, perkhidmatan dialisis di Kompleks al-Shifa terpaksa dihentikan disebabkan kekurangan bahan api, manakala perkhidmatan rawatan rapi pula dihadkan hanya kepada beberapa jam.

Pihak berkuasa menegaskan kekurangan bahan api yang berterusan bermaksud kematian pasti bagi semua pesakit dan mereka yang cedera di hospital, sambil menegaskan sektor kesihatan di Gaza sedang mengalami kekurangan bahan api yang teruk dan berterusan akibat “dasar catuan bekalan bahan api ke hospital” oleh Israel.

Ia menggesa institusi antarabangsa dan pihak berkaitan agar campur tangan segera bagi melindungi sistem kesihatan daripada lumpuh dengan menyediakan bekalan perubatan yang diperlukan.

Pengarah Kompleks Perubatan al-Shifa Mohammed Abu Salmiya, turut mengesahkan yang nyawa 350 pesakit berada dalam bahaya akibat kekurangan bahan api.

Dalam satu kenyataan media Abu Salmiya memberi amaran, penjana elektrik hospital dijangka berhenti berfungsi pada Selasa dan ratusan pesakit akan berdepan risiko kematian.

Beliau turut menegaskan yang keadaan kesihatan dan kemanusiaan di Semenanjung Gaza mencapai tahap yang amat kritikal ekoran halangan berterusan terhadap kemasukan bekalan perubatan kecemasan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan