Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Majlis Pelancaran Sarawak Command Net (SCNet) sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-8 Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS), malam Selasa. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Pelajar muda Sarawak ditawar biasiswa lanjut pengajian di Sandhurst, UK

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 2 Julai: Pelajar muda Sarawak yang berminat dalam bidang keselamatan bakal menerima peluang cerah untuk melanjutkan pelajaran di salah satu institusi ketenteraan paling berprestij di dunia, Royal Military College, Sandhurst (RMAS), United Kingdom.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kerajaan negeri berhasrat untuk mewujudkan biasiswa khas kepada anak muda Sarawak yang berpotensi dalam bidang keselamatan dan kepimpinan.

“Kita akan menghantar pelajar ke Sandhurst di UK untuk menjalani latihan, dengan syarat Sandhurst dapat menerima mereka, kerana mereka (Sandhurst) juga mempunyai syarat penerimaan tertentu. Kita akan menghantar mereka kerana ia berkait rapat dengan pekerjaan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Sarawak Command Net (SCNet) sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-8 Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS), malam Selasa.

Inisiatif ini selaras dengan usaha Kerajaan Sarawak untuk membina bakat tempatan yang berdisiplin, terlatih dan mampu menyumbang kepada aspek keselamatan negeri.

“Oleh itu, kepada pelajar muda, kita boleh memohon kepada Kerajaan Britain agar Sandhurst menerima pelajar kita, sekurang-kurangnya mereka akan dilatih dengan disiplin yang tinggi serta memperoleh teori keselamatan yang baharu,” katanya lagi.

Menurut Abang Johari, tumpuan utama program ini adalah pembangunan bakat dan bukan untuk membentuk pasukan tentera negeri.

“Kita bukan bertujuan untuk membentuk tentera kita sendiri, tetapi lebih kepada pembangunan bakat, latihan serta menghasilkan seseorang yang mampu bekerja dengan polis dan tentera, termasuk UKPS.”

“Latihan bakat ini tidak semestinya di Sandhurst, kerana Sandhurst lebih menekankan disiplin, namun dari segi ilmunya, kita boleh menghantar mereka ke sana,” jelas beliau.

Dalam pada itu, Abang Johari menegaskan bahawa meskipun keselamatan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, Sarawak tetap komited untuk memperkukuh kawalan dan keamanan dalam negeri menerusi inisiatif tersendiri. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan