Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg selepas merasmikan Persidangan Media Sarawak (SMeC) 2025 hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

Nilai kewartawanan perlu kekal, AI hanya sebagai alat bantuan – Premier

ByOdleen Catherny

KUCHING, 2 Julai: Teknologi kecerdasan buatan (AI) tidak seharusnya menggantikan nilai-nilai asas dalam dunia kewartawanan, sebaliknya dimanfaatkan untuk meningkatkan keupayaan dan kompetensi kerja wartawan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa nilai teras kewartawanan seperti penghakiman manusia, keberanian moral, integriti dan empati harus terus dipelihara.

“Ini merupakan nilai-nilai yang tidak boleh ditiru oleh sebuah mesin. Sebenarnya, teknologi adalah yang paling berkuasa apabila ia berfungsi seiring dengan manusia, bukan apabila ia menggantikannya.

“Itulah sebabnya masa depan kewartawanan bukan buatan tetapi ditambah. Ia adalah mengenai membolehkan wartawan melakukan lebih banyak, mencapai lebih banyak, dan memaklumkan lebih banyak, dengan lebih ketepatan dan mendalam,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Media Sarawak (SMEC) 2025 di sini pada Rabu.

SMEC 2025 kali ini mengangkat tema “Artificial Intelligence: Shaping the Future of Journalism” yang bukan sekadar relevan, tetapi menggambarkan wawasan ke hadapan selari dengan gelombang perubahan drastik dalam landskap media global.

Dalam ucapannya, beliau turut menyeru agar wartawan sentiasa berpegang kepada prinsip mencari kebenaran tanpa kompromi.

“Kewartawanan adalah sebuah tanggungjawab untuk menguatkan suara mereka yang tidak bersuara, untuk mempertanggungjawabkan mereka yang berkuasa, dan untuk memperkukuh sosial masyarakat kita.

“Wartawan hari ini bukan sahaja bertindak sebagai pencerita, tetapi penjaga kepercayaan awam yang mesti dipertahankan dengan setiap keputusan yang kita buat, termasuk penggunaan teknologi,” tegasnya lagi.

Antara lain Abang Johari menggesa semua profesional media untuk menjadi perintis dalam membentuk penggunaan teknologi yang beretika.

“Tuntut ketelusan dalam cara algoritma digunakan. Persoal sistem yang mungkin memutarbelit atau menyembunyikan kebenaran. Tegakkan integriti profesion anda dengan berani dan jelas,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan