Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dalam sidang media mingguan Kementerian Komunikasi di sini hari ini. Foto TVS

Kementerian Komunikasi optimis dana penubuhan MMM tersedia dalam tempoh terdekat

ByHafeezzur Muzamir

PUTRAJAYA, 2 Julai: Kementerian Komunikasi menyatakan komitmennya untuk memastikan dana bagi menubuhkan Majlis Media Malaysia (MMM) dapat disediakan dalam tempoh terdekat.

Menterinya, Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan perkara itu selepas mengadakan pertemuan secara dalam talian dengan ahli Lembaga Pengasas Majlis Media Malaysia baru-baru ini.

Menurut beliau, mesyuarat fizikal bersama semua ahli lembaga pengarah akan berlangsung beberapa bulan lagi.

“Memandangkan ada dalam kalangan wakil yang bukannya semua berada di Lembah Klang, maka kita akan cari masa yang bersesuaian untuk menjemput semua,” katanya pada sidang media mingguan Kementerian Komunikasi di sini, hari ini.

Sebelum ini, Fahmi berkata penubuhan Majlis Media Malaysia dijangka memulakan mesyuarat awal dalam tempoh satu hingga dua bulan akan datang.

Fahmi berkata, selepas penubuhan rasmi, Lembaga Pengasas Majlis Media Malaysia akan diberi tempoh enam bulan untuk melaksanakan pemilihan jawatankuasa tetap yang akan mentadbir majlis itu secara menyeluruh.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata mesyuarat Jemaah Menteri hari ini telah dimaklumkan mengenai beberapa amaran cuaca panas yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia susulan fasa Monsun Barat Daya yang sedang melanda negara.

Sehubungan itu, Jemaah Menteri telah meminta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengambil langkah bersesuaian termasuk mengeluarkan pengumuman berkaitan kesesuaian aktiviti luar berdasarkan keadaan cuaca semasa bagi mengelakkan sebarang risiko kesihatan kepada masyarakat.

“Orang ramai disarankan agar sentiasa peka terhadap sebarang notis atau pemakluman cuaca yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan diri sentiasa terpelihara,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan