Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini merasmikan Persidangan Media Sarawak (SMeC) 2025 edisi kedua di Kuching. Foto Faitullah Morni (TVS)

Dunia bakal temui teknologi menjangkau AI – Premier

ByOdleen Catherny

KUCHING, 2 Julai: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan bahawa para saintis kini sedang menjalankan penyelidikan untuk membangunkan satu teknologi khas yang mampu menyemak kesahihan kandungan kecerdasan buatan (AI).

Beliau berkata teknologi ini bertindak sebagai ‘checkmate’ atau sekatan kepada AI dan dijangka mampu membanteras penyalahgunaan seperti ‘deepfake’.

Untuk makluman, deepfake ialah teknologi AI yang memanipulasi visual dan audio untuk nampak seperti asli, tetapi hakikatnya palsu dan mengelirukan.

“Apa yang saya baca, terdapat satu evolusi teknologi akan datang yang merupakan satu cip berupaya menyelesaikan masalah ini.

“Dalam proses menyelesaikan masalah ini, cip ini akan menjelaskan bahawa hasil daripada teknologi AI itu sahih atau tidak. Ia seperti ‘checkmate’, mungkin teknologi ini akan mampu diwujudkan dalam tempoh lima ke 10 tahun akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Media Sarawak (SMEC) 2025, di sini pada Rabu.

Mengenai SMEC 2025, Abang Johari berharap persidangan itu dapat menetapkan garis panduan antara etika dan AI, kerana masa depan bergantung kepada kedua-duanya.

“Itu akan membentuk masyarakat pada masa hadapan. Untuk Sarawak, kita akan lakukan itu. Untuk mengimbangi antara pendekatan semula jadi dan pendekatan buatan,” kata Abang Johari ketika berucap merasmikan persidangan tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan