Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika ditemui media selepas merasmikan Persidangan Media Sarawak (SMEC) 2025, di sini, hari ini.. Foto Faitullah Morni (TVS)

Abang Johari sifatkan AI pacu transformasi luar bandar

ByOdleen Catherny

KUCHING, 2 Julai: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan kecerdasan buatan (AI) sebagai pemudah cara yang mampu mengubah landskap luar bandar sekiranya dimanfaatkan secara beretika dan bersasar.

Menurut beliau, AI berpotensi besar menyelesaikan pelbagai isu kompleks di kawasan pedalaman, terutamanya dalam sektor pertanian dan kesihatan.

“Saya fikir AI perlu menjadi sebahagian daripada proses dalam pertanian dan kesihatan. Sebagai contoh dalam pertanian, teknologi AI digunakan sebagai pemboleh kepada penyelesaian menghasilkan sesuatu.

“Begitu juga untuk ternakan kita yang mana teknologi AI boleh digunakan sebagai rujukan bagaimana hendak menggandakan populasi ternakan contohnya mengambil cadangan AI mengenai pemakanan penuh nutrisi yang dapat diberikan kepada ternakan masing-masing.

“Saya juga mahu AI diterapkan dalam proses penuaian padi terutama sekali dalam penghasilan benih padi seterusnya mampu memberi produk yang baik,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Media Sarawak (SMEC) 2025, di sini, hari ini.

Dalam sektor kesihatan pula, beliau melihat potensi AI digunakan dalam perkhidmatan teleperubatan di luar bandar, termasuk melalui sistem robotik yang boleh menggantikan sebahagian tugas jururawat.

“Ya, inilah yang kita panggil teleperubatan. Bila ada teleperubatan, teknologi AI mungkin akan mengambil peranan jururawat, dalam bentuk robotik,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Abang Johari mengingatkan agar teknologi AI tidak disalah guna, sebaliknya digunakan sebagai alat sokongan, bukan pengganti manusia sepenuhnya.

Kerajaan katanya perlu mendidik masyarakat tentang etika dan moral dalam memanfaatkan teknologi tersebut.

“Ini hanyalah alat untuk anda menghasilkan sesuatu. Tetapi jangan disalah guna,” tegasnya lagi.

Dalam pada itu beliau mendedahkan pada ketika ini para saintis sedang meneroka teknologi baharu yang menilai kesahihan perkara-perkara yang terhasil daripada teknologi AI.

“Saya tidak dapat memberitahu secara lebih mendalam kerana saya bukan saintis. Apa yang saya baca adalah terdapat satu evolusi teknologi akan datang yang merupakan satu cip berupaya menjelaskan bahawa hasil daripada teknologi AI itu sahih atau tidak. Ia seperti “checkmate”.

“Tetapi mungkin teknologi ini akan mampu diwujudkan dalam tempoh 5 ke 10 tahun akan datang,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan