Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
JPJ Kedah turut menggunakan strategi penyamaran anggota yang akan merekod kesalahan dilakukan pemandu dan penumpang, dan kompaun akan terus dikeluarkan sekiranya dikesan tidak memakai tali pinggang keledar.

16 penumpang disaman, gagal patuh pemakaian tali pinggang keledar

ByTVS

ALOR SETAR, 2 Julai: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah mengenakan saman ke atas 16 penumpang bas ekspres dan bas persiaran selepas dikesan tidak memakai tali pinggang keledar dalam operasi khas penguatkuasaan penuh terhadap pemakaian tali pinggang keledar bagi pemandu dan semua penumpang bas ekspres dan bas persiaran.

Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam berkata, menerusi operasi itu sebanyak 18 bas diperiksa, di mana 14 daripadanya adalah bas ekspres manakala empat lagi bas persiaran.

Beliau berkata, 16 penumpang dikenakan kompaun RM300 setiap seorang, manakala dua kesalahan yang dilakukan penumpang di bawah usia 18 tahun diberikan nasihat dan advokasi.

Beliau menambah, JPJ Kedah turut menggunakan strategi penyamaran anggota yang akan merekod kesalahan dilakukan pemandu dan penumpang, dan kompaun akan terus dikeluarkan sekiranya dikesan tidak memakai tali pinggang keledar.

“Penguatkuasaan kita bukan hanya terhad kepada membuat sekatan di jalan raya ataupun pemeriksaan di terminal bas, tetapi kita juga akan melaksanakan penyamaran di dalam bas.

“Maknanya, sekiranya terdapat penumpang ataupun pemandu sendiri yang tidak mengenakan tali pinggang keledar, ada bukti visual di situ, kita akan keluarkan kompaun,” katanya.

Menurut Stien, tindakan diambil di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Tali Pinggang Keledar dan Sistem Kekangan Kanak-kanak) 1978 Pindaan (2008).

Pada masa sama, beliau memberitahu, penumpang juga boleh membuat aduan kepada pemandu bas sekiranya tali pinggang tidak berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan.

Sejak pelaksanaan operasi pada 1 Januari 2020, pengusaha bas ekspres perlu bertanggungjawab memastikan bas wajib mempunyai tali pinggang keledar.

Terdahulu, Stien ditemui ketika melakukan pemeriksaan terhadap pemandu dan penumpang bas di Plaza Tol Alor Setar Utara dan Terminal Bas Shahab Perdana bermula jam 5 petang sehingga 10 malam Selasa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan