Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suspek berusia 25 tahun ditahan dalam serbuan polis di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Mukah–Selangau. IPD Mukah

Warga asing ditahan, disyaki edar dadah

MUKAH, 1 Julai: Seorang lelaki warga asing ditahan dalam serbuan polis di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Mukah–Selangau, semalam, selepas disyaki terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias berkata serbuan dijalankan kira-kira jam 1.50 petang oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah.

“Hasil pemeriksaan ke atas suspek menemui 17 keratan tiub straw lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine atau syabu, yang disimpan dalam poket seluarnya.

“Jumlah anggaran berat dadah itu ialah 6.88 gram dengan nilai kira-kira RM750,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, ujian saringan awal air kencing turut mendapati suspek positif methamphetamine dan amphetamine.

Menurutnya, maklumat mengenai pengedaran dadah secara kecil-kecilan oleh suspek diperoleh hasil soal siasat ke atas dua lelaki tempatan yang ditahan lebih awal di kawasan Pekan Selangau.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Suspek yang bekerja sebagai buruh ladang kini direman selama empat hari sehingga 4 Julai ini bagi membantu siasatan lanjut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah diminta menghubungi talian Hotline IPD Mukah di 084-871222 atau balai polis berhampiran. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan