Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Gerawat Gala ketika menyantuni masyarakat di Homestay Segah Selaan. Foto JKR Sarawak

Uggah sertai XPDC Bario sejauh 256km untuk nilai infrastruktur pedalaman

BARAM,1 Julai: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, menempuh perjalanan darat sejauh 256 kilometer untuk menilai sendiri keadaan infrastruktur di kawasan pedalaman Baram dalam XPDC Bario hari ini.

Menurutnya matlamat utama ekspedisi ini adalah untuk melihat sendiri keadaan jalan bekas balak dan jalan balak aktif yang perlu diselenggara segera.

“Pendekatan baharu penyelenggaraan dijangka mula dilaksanakan pada penghujung tahun ini, agar jalan-jalan ini dapat terus digunakan dengan lebih selamat dan berkesan,” katanya ketika ditemui semasa ekspedisi berkenaan hari ini.

Uggah memberitahu bahawa Jambatan Sungai Sengayan yang rosak akan dibaik pulih, manakala Jambatan Long San juga akan dibaikpulih bagi memastikan keselamatan pengguna.

“Sebanyak 27 jambatan di kawasan Baram juga telah dikenal pasti untuk kerja-kerja pembaikan,” katanya.

Turut diadakan sesi perjumpaan bersama wakil Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) bagi mendapatkan input terus daripada komuniti berkaitan keperluan infrastruktur dan kebajikan masyarakat setempat.

Uggah merakamkan penghargaan kepada pegawai-pegawai JKR Sarawak yang menyertai ekspedisi ini, dengan menempuh laluan mencabar demi memastikan penilaian infrastruktur dapat dilakukan secara menyeluruh dan berkesan.

Beliau turut bermalam di Homestay Segah Selaan dan ekspedisi selama tiga hari dan berakhir Khamis ini (3 Julai) akan diteruskan esok dengan perjalanan ke Bario, bagi meninjau jalan sambungan serta menyantuni penduduk setempat.

Turut serta pada Ekpedisi Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, Datuk Gerawat Gala dan Pengarah JKR Sarawak, Dr Cassidy Morris. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan