Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ng Tze Yong, pemain badminton perseorangan lelaki negara Foto AFP

Tze Yong bakal jalani rawatan ACL di Qatar

ByBernama

KUALA LUMPUR, 1 Julai: Pemain badminton perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong akan menjalani pembedahan lutut di Doha Qatar bagi merawat kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL).

Perkembangan itu dimaklumkan Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Kenny Goh ketika ditemui media semalam.

“Institut Sukan Negara (ISN) sedang mengatur tarikh bagi pembedahannya. Kita akan mengetahui bila dia akan menjalani pembedahan dalam masa dua hingga tiga hari lagi,” katanya.

Sebelum ini, BAM mengesahkan Tze Yong mengalami kecederaan ACL selepas keputusan imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI) mengesahkan terdapat koyakan ACL pada lutut kanan.

Pemain kelahiran Johor itu, mengalami kecederaan ketika aksi pusingan pertama Masters Malaysia 2025 pada bulan lepas ketika menentang pemain Hong Kong Ng Ka Long, menyaksikan atlet ini terpaksa menarik diri daripada perlawanan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan