Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiga individu berdepan detik cemas selepas kereta dinaiki tiba-tiba terbakar semasa dalam perjalanan dari Batu Niah ke Bekenu malam tadi. Foto JBPM

Tiga individu berdepan detik cemas, kereta dinaiki terbakar

BATU NIAH, 1 Julai: Tiga individu berdepan detik cemas selepas kereta dinaiki tiba-tiba terbakar semasa dalam perjalanan dari Batu Niah ke Bekenu malam tadi.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 7.18 malam dengan menggerakkan lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati sebuah kenderaan jenis Proton Savvy terbakar keseluruhan. Berdasarkan maklumat daripada pemilik kenderaan, kebakaran berlaku secara tiba-tiba semasa dalam perjalanan dari Batu Niah ke Bekenu.

“Terdapat tiga individu di dalam kenderaan berkenaan semasa kejadian, terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita.,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kesemua mereka dilaporkan berada dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan.

“Tindakan pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran salur bantu mula dengan sumber air daripada tangki jentera.

“Kerja-kerja ‘overhaul’ turut dilaksanakan bagi memastikan tiada punca api yang masih aktif sebelum pasukan berangkat pulang ke balai,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan