Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Syarikat Kyrgyzstan jual 300 kg emas bernilai US$36 juta kepada syarikat Malaysia. Foto hiasan AFP

Syarikat Kyrgyzstan jual 300 kg emas bernilai US$36 juta kepada syarikat Malaysia

BISHKEK (Kyrgyzstan), 1 Julai :Kyrgyzaltyn OJSC telah menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) dan kontrak jual beli emas dalam bentuk jongkong dengan Public Gold Marketing Sdn Bhd, menurut syarikat itu.

Menurut Agensi Berita Kebangsaan Kyrgyz (Kabar), MoC itu ditandatangani sempena lawatan rasmi Presiden Sadyr Zhaparov ke Malaysia dari 24 hingga 25 Jun lepas.

Kyrgyzaltyn telah memeterai perjanjian dengan syarikat Malaysia, Kumpulan Public Gold, bagi jual beli 300 kilogram (kg) emas Kyrgyz dalam bentuk jongkong emas satu kg pada tahun 2025 dengan jumlah keseluruhan sekitar US$36 juta.

Setakat ini, 50 kg jongkong emas daripada 300 kg itu telah pun dijual dengan nilai US$5.6 juta.

Sebagai sebahagian daripada MoC ini, Kyrgyzaltyn merancang untuk mempelajari pengalaman penyelesaian pemasaran syarikat Malaysia itu dalam penjualan jongkong emas, termasuk penggunaan mesin layan diri bagi penjualan emas secara tanpa sentuhan.

Pemeteraian dokumen ini dengan pihak Malaysia merupakan peristiwa penting bagi pembangunan perdagangan antara Republik Kyrgyz dan Malaysia, serta membantu mengukuhkan kedudukan Kyrgyzaltyn dalam pasaran antarabangsa khususnya di rantau Asia Tenggara (ASEAN).-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan