Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suspek yang disyaki menembak dua anggota bomba sehingga maut dan mencederakan seorang lagi dalam serangan hendap pada Ahad di negeri Idaho, Amerika Syarikat, ditemukan mati. Foto hiasan Envato

Suspek ditemukan mati selepas bunuh 2 anggota bomba AS dalam serangan hendap

ByBernama

SAN FRANCISCO, 1 Julai: Suspek yang disyaki menembak dua anggota bomba sehingga maut dan mencederakan seorang lagi dalam serangan hendap pada Ahad di negeri Idaho, Amerika Syarikat, ditemukan mati, lapor Xinhua memetik pegawai tempatan.

Syerif Daerah Kootenai, Robert Norris pada sidang media Ahad malam berkata kejadian berlaku awal petang ketika anggota bomba sedang bertindak balas terhadap kebakaran belukar di Gunung Canfield berhampiran Bandar Coeur d’Alene. Anggota bomba melaporkan mereka ditembak oleh individu tidak dikenali yang bersembunyi di dalam hutan.

Satu pasukan tindak balas taktikal menggunakan data telefon bimbit untuk mengesan kawasan hutan di mana mereka menemui mayat suspek bersama senjata api berhampiran, kata Norris sambil menambah: “Kami percaya hanya terdapat seorang penembak di gunung itu pada masa kejadian.”

Jurucakap Kootenai Health mengesahkan ketiga-tiga anggota bomba dibawa ke hospital, dengan dua daripada mereka disahkan meninggal dunia sebaik tiba, manakala seorang lagi sedang dirawat akibat kecederaan.

Anggota bomba yang cedera “baru sahaja selesai menjalani pembedahan” dan “dilaporkan dalam keadaan stabil,” kata syerif kepada pemberita.

Pihak berkuasa tidak mendedahkan identiti suspek. Dengan kebakaran semakin hampir, mereka terpaksa “mengangkat” mayat suspek untuk siasatan lanjut, kata Norris.

Kami percaya suspek memulakan kebakaran itu, dan kami percaya ini adalah serangan hendap yang disengajakan,” katanya. “Anggota bomba ini tidak mempunyai peluang untuk menyelamatkan diri.”

Menurut kenyataan terdahulu oleh pejabat syerif, arahan perlindungan di tempat telah ditarik balik pada Ahad malam, namun kebakaran belukar masih aktif.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan