Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Dzul Hadzwan Husaini berkata SST dilakukan secara terancang agar tidak terlalu membebankan rakyat berpendapatan rendah. Foto Aziz Soleh (TVS)

SST bantu tingkatkan pendapatan negara

ByAsmah Adenan

KOTA SAMARAHAN, 1 Julai: Pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) baharu yang bermula hari ini disasar untuk meningkatkan pendapatan negara, selain memberi tumpuan kepada golongan berpendapatan tinggi.

Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Dzul Hadzwan Husaini berkata perluasan cukai itu dilakukan secara terancang agar tidak terlalu membebankan rakyat berpendapatan rendah.

“Kerajaan merangka strategi sebelum melaksanakan perluasan SST, termasuk menetapkan nilai ambang tertentu supaya impaknya lebih kepada perniagaan yang mencatat keuntungan tinggi serta golongan berpendapatan tinggi,” katanya ketika ditemui TVS di sini, hari ini.

Beliau berkata, hasil cukai yang diperoleh akan digunakan bagi menampung pelbagai perbelanjaan kerajaan seperti gaji penjawat awam, kos perubatan, pendidikan serta bantuan kepada golongan memerlukan.

“Langkah ini juga sebahagian daripada strategi kerajaan merangsang ekonomi melalui kenaikan gaji penjawat awam yang secara langsung akan meningkatkan kuasa beli dan menyokong perkembangan Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS),” jelasnya.

Mengulas kesan terhadap pengguna, Dzul mengakui pelaksanaan SST baharu itu berkemungkinan memberi kesan kepada corak perbelanjaan isi rumah.

“Sudah tentu akan berlaku kenaikan harga, tetapi dalam jangka panjang, harga dijangka stabil dan pengguna ada ruang untuk menstruktur semula perbelanjaan.

“Peniaga pula perlu bijak menyusun semula kos operasi termasuk mencari pembekal yang mampu menawarkan harga lebih rendah supaya tidak terlalu bergantung kepada margin keuntungan semata-mata,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan