Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota bomba memadamkan kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah dan kereta dalam kejadian di Kampung Buang Sayang, Kunak, hari ini. Foto JBPM

Rumah, dua kereta musnah dalam kebakaran di Kunak

ByTVS

KUNAK, 1 Julai: Sebuah rumah separuh kekal dan dua kenderaan musnah dalam kebakaran di Kampung Buang Sayang, di sini, hari ini.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 8.45 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kunak segera dikerahkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.

“Sebaik tiba enam minit kemudian, pasukan mendapati sebuah rumah jenis separuh kekal satu tingkat berkeluasan 30 kali 45 kaki sedang terbakar sepenuhnya,” kata kenyataan itu.

Katanya, dua kereta iaitu Proton Wira dan Proton Waja yang berada berhampiran turut hangus dalam kebakaran itu.

Beliau berkata, operasi pemadaman dilakukan menggunakan satu aliran sepanjang 500 kaki dengan dua pancutan, bersumberkan air dari jentera dan pili bomba berhampiran.

“Tiada mangsa dilaporkan cedera dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 11.40 pagi selepas kawasan dipastikan selamat,” katanya.

Operasi disertai lapan anggota bomba dan turut mendapat bantuan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan