Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua jurulatih beregu wanita kebangsaan Rosman Razak tidak pernah berdepan sebarang masalah dengan isu komitmen gandingan utama negara Pearly Tan-M. Thinaah meskipun pasangan itu berdepan isu kontrak yang masih belum dimuktamadkan bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Foto fail Bernama

Rosman tiada masalah dengan komitmen Pearly-Thinaah

ByBernama

KUALA LUMPUR, 1 Julai: Ketua jurulatih beregu wanita kebangsaan Rosman Razak tidak pernah berdepan sebarang masalah dengan isu komitmen gandingan utama negara Pearly Tan-M. Thinaah meskipun pasangan itu berdepan isu kontrak yang masih belum dimuktamadkan bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Rosman berkata fokus beliau ketika ini juga kekal terhadap aspek latihan dan persediaan kejohanan termasuk memantau prestasi Pearly-Thinaah yang semakin menyerlah di pentas antarabangsa.

“Jika ada sebarang masalah, saya akan bersuara tetapi setakat ini saya tiada isu mengenainya.

“Dari segi latihan, fokus dan segala arahan (masih ikut), ia tidak mengganggu proses saya,” katanya ketika ditemui pemberita di Akademi Badminton Malaysia di sini hari ini.

Semalam Presiden BAM Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata keputusan sama ada Pearly-Thinaah kekal bersama badan induk itu hanya akan diketahui sebelum Terbuka Jepun pada 15 Julai ini dengan beberapa perkara perlu dimuktamadkan sebelum keputusan sebenar dapat dicapai.

Untuk rekod, Pearly-Thinaah belum menandatangani kontrak baharu bersama BAM selepas kontrak terdahulu tamat pada Disember lepas.

Di sebalik ketidaktentuan masa depan mereka bersama BAM, Pearly-Thinaah tetap menunjukkan prestasi cemerlang apabila menjuarai Terbuka Thailand pada Mei. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan