Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) dan pelaksanaan dasar-dasar sosioekonomi negara menjadi agenda utama dalam pertemuan antara Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib, dan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, hari ini. Foto Hanifah Hajar Taib (FB)

RMK-13 jadi agenda utama pertemuan Hanifah, Amir Hamzah

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 1 Julai: Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) dan pelaksanaan dasar-dasar sosioekonomi negara menjadi agenda utama dalam pertemuan antara Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib, dan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, hari ini.

Dalam pertemuan tersebut, Hanifah menyatakan komitmennya untuk terus bekerjasama dengan Amir Hamzah dalam meneruskan pelbagai inisiatif kementerian demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan ekonomi negara.

“Saya menyambut baik pelantikan Amir Hamzah dan menekankan kepentingan kesinambungan dasar untuk menjayakan agenda reformasi ekonomi yang menyeluruh demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini selepas melakukan kunjungan hormat kepada Amir Hamzah di Bangunan Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di sini.

Pelantikan Amir Hamzah menyaksikan beliau memikul tanggungjawab untuk memimpin penyusunan semula RMK-13 agar lebih selaras dengan cabaran fiskal dan keperluan pembangunan semasa.

Perubahan ini dijangka akan memberi tumpuan kepada dasar-dasar mampan, pelaburan berkualiti, dan pemerkasaan ekonomi rakyat.

Pelantikan beliau dibuat selepas bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, meletakkan jawatan susulan kekalahan dalam pemilihan parti pada bulan lalu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan