KUCHING, 1 Julai:Sebanyak lapan projek pembangunan infrastruktur bernilai RM39.14 juta telah disenaraikan untuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong, di bawah seliaan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menerusi Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA).
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir, tujuh daripada projek itu masih berada di peringkat perancangan (DPR), manakala satu daripadanya telah siap sepenuhnya.
“Besar harapan agar semua baki projek yang dirancang di bawah kendalian JPS menerusi BDDA di Kabong ini dapat disegerakan pelaksanaannya, terutama yang melibatkan keperluan asas seperti jalan, sistem saliran, serta infrastruktur pertanian,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas hadir ke sesi libat urus projek-projek di bawah Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Sarawak di Kuching pada Selasa.
Mohd Chee Kadir menegaskan, bahawa pelaksanaan projek yang berkesan dan mengikut jadual adalah amat penting dalam memastikan kesejahteraan rakyat luar bandar dan meningkatkan pembangunan sosioekonomi di kawasan Kabong secara menyeluruh
Untuk makluman, terdapat 54 projek di bawah seliaan Jabatan Pengairan Dan Saliran (DID) di bawah Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) meliputi DUN Lingga, Beting Maro, Saribas, Layar, Bukit Saban, Kalaka, Krian dan DUN Kabong dengan kos keseluruhan sebanyak RM383,139,800 juta.
keseluruhan, sebanyak 54 projek BDDA yang meliputi DUN Lingga, DUN Beting Maro, DUN Saribas, DUN Layar, DUN Bukit Saban, DUN Kalaka, DUN Krian dan DUN Kabong yang Melibatkan Jumlah Peruntukan Keseluruhan Sebanyak RM383,139,800 juta di bawah seliaan pihak Jabatan Pengairan Dan Saliran (DID) Bahagian Betong setakat ini.
Dengan pecahan mengikut sektor menyaksikan Sektor Pembangunan Infrastruktur, 29 projek dengan nilai keseluruhan RM246,219,800 juta.
Manakala, Sektor Pembangunan Agro Pertanian 22 Projek (RM88,920,000.00) dan Sektor Pembangunan Pelancongan.dan Persekitaran sebanyak tiga Projek bernilai RM48,000,000 juta.
Sesi libat urus berkenaan dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemandu BDDA, Dato Gerald Rentap Jabu.
Turut hadir, Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu Begri serta semua ADUN kawasan dalam Bahagian Betong.-TVS