Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak RM3.3 bilion daripada peruntukan tahunan RM12 bilion telah dibelanjakan untuk pembangunan masyarakat desa setakat bulan Julai, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Foto TVS

RM3.3 bilion dibelanjakan untuk pembangunan desa – Ahmad Zahid

ByAmirah Shawel

PUTRAJAYA, 1 Jul: Sebanyak RM3.3 bilion daripada peruntukan tahunan RM12 bilion telah dibelanjakan untuk pembangunan masyarakat desa setakat bulan Julai, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berkata, kementerian berhasrat untuk menutup tirai tahun ini dengan pencapaian transformasi desa yang lebih besar dan bermakna.

Sehubungan itu, KKDW akan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Peringkat Tertinggi untuk menyelaras pelaksanaan program serta mengelakkan pertindihan, sekali gus memastikan kos yang lebih efektif.

“Jawatankuasa Peringkat Tertinggi ini akan menyelaras semua inisiatif yang dijalankan bersama kementerian lain yang kebanyakannya bertindih, walaupun kumpulan sasaran adalah sama,” katanya pada perhimpunan bulanan (KKDW) di sini, hari ini.

Menurutnya, KKDW juga perlu melihat semula peranan sebenar setiap lembaga dan agensi di bawah kawal selia kementerian tersebut susulan wujudnya pertindihan fungsi serta pembaziran dalam pelaksanaan program yang kurang selari dengan matlamat asal.

Beliau menambah, kesemua agensi perlu mencari ruang dan peluang untuk menjana pendapatan sendiri serta memberi nilai tambah kepada pemegang taruh.

“Setiap lembaga mesti menjaga wilayah dan pemegang taruh kita, iaitu rakyat. Kesemuanya memegang amanah kepada hampir tiga juta masyarakat di desa, dan kelompok ini bukan kecil.

“Mereka menentukan keberkesanan dasar-dasar kerajaan,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan