Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mohamad Hamizul Mohd Kiprawi berusia 30 tahun berjaya ditahan semula pihak polis. Foto IPD Saratok

OBB hilangkan diri ditahan semula

SARATOK, 1 Julai: Seorang lelaki yang merupakan Orang Banduan Berlesen (OBB) yang dilaporkan menghilangkan diri daripada jagaan seliaan Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Daerah Kuching telah berjaya ditahan semula.

Ketua Polis Daerah Saratok, Deputi Superintendan Mathew Manggie berkata, penahanan itu menamatkan usaha pencarian yang dilakukan sejak beberapa minggu lalu.

“Individu terbabit, Mohamad Hamizul Mohd Kiprawi berusia 30 tahun yang sedang menjalani Perintah Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) dari 26 Mei hingga 15 Julai lalu telah ditahan semula pada 28 Jun lalu berdasarkan laporan tangkapan Saratok.

“Hamizul sebelum ini dikehendaki susulan laporan kehilangan di bawah kes Saratok apabila gagal mematuhi syarat PBSL di alamat pemantauan di Jalan Haji Puteh Ellias, Saratok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak termasuk masyarakat yang telah menyalurkan maklumat serta memberi kerjasama sehingga suspek berjaya dijejaki.

“Kerjasama awam sangat penting dalam memastikan keselamatan komuniti sentiasa terjaga.

“Kita berterima kasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan usaha ini,” ujarnya.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan