Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan seorang individu susulan kandungan jelik bersifat perkauman yang dimuat naik di platform media sosial miliknya. Foto MCMC (FB)

MCMC rakam percakapan individu muat naik kandungan jelik

ByBernama

KUALA LUMPUR, 1 Julai: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan seorang individu susulan kandungan jelik bersifat perkauman yang dimuat naik di platform media sosial miliknya.

MCMC dalam kenyataan memaklumkan suruhanjaya itu turut menyita sebuah telefon bimbit dan satu unit kad SIM untuk melengkapkan siasatan.

“Kandungan tersebut dipercayai menyentuh pelantikan Leftenan Jeneral Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang baharu dengan naratif perkauman yang berpotensi mencetus provokasi serta menggugat perpaduan dan keharmonian negara.

“Susulan itu, individu tersebut telah dipanggil untuk memberikan keterangan dan membantu siasatan,” menurut kenyataan itu.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua (2) tahun, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

“MCMC ingin mengingatkan orang ramai agar tidak memuat naik, berkongsi atau menyebarkan sebarang kandungan yang menyentuh sensitiviti agama, kaum dan institusi diraja (3R), terutamanya yang boleh memecahbelahkan masyarakat serta menggugat keharmonian negara.

“MCMC kekal komited untuk memastikan ruang siber negara kekal selamat, sejahtera dan dihormati, selaras dengan usaha memperkukuh perpaduan nasional dan keharmonian antara rakyat pelbagai kaum di Malaysia,” menurut suruhanjaya itu.

Media sebelum ini melaporkan Datuk Johnny Lim Eng Seng melakar sejarah sebagai pegawai kanan berbangsa Cina pertama dinaikkan pangkat kepada Leftenan Jeneral Angkatan Tentera Malaysia (ATM) . -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan