Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pandangan umum menunjukkan kerosakan dan serpihan di perkampungan selatan Lubnan di al-Taybeh, berhampiran sempadan dengan Israel, pada 4 Februari 2025. Foto fail AFP

Lubnan gesa Israel berundur dari lima pos sempadan

ByBernama

BEIRUT/ISTANBUL, 1 Julai: Lubnan pada Isnin mendakwa Israel melanggar Resolusi 1701 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan menduduki lima bukit di selatan negara itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Presiden Lubnan Joseph Aoun mengadakan pertemuan di Beirut dengan Mejar Jeneral Diodato Abagnara, Komander Pasukan Pengaman PBB (UNIFIL) yang baru dilantik, menurut kenyataan Pejabat Presiden.

Dalam pertemuan itu, Aoun menggesa Israel berundur dari lima bukit berkenaan bagi membolehkan tentera Lubnan melengkapkan penempatan mereka di sempadan yang diiktiraf antarabangsa.

Beliau menekankan kepentingan peranan UNIFIL di rantau itu dan mengulangi komitmen Lubnan terhadap Resolusi 1701 yang menyeru penempatan pasukan pengaman PBB di negara itu.

“Keadaan serantau ketika ini memerlukan kehadiran berterusan pasukan antarabangsa yang bekerjasama dengan tentera kami untuk mengekalkan kestabilan di selatan, yang tidak boleh dipisahkan daripada kestabilan serantau,” kata Aoun.

UNIFIL telah beroperasi di selatan Lubnan sejak 1978 dan diperkukuhkan selepas perang 2006 antara Israel dan Kumpulan Hizbullah Lubnan. Mandat semasanya akan tamat pada 31 Ogos 2025 kecuali disambung semula oleh Majlis Keselamatan PBB.

Presiden Lubnan itu berkata bilangan anggota tentera di selatan Lubnan akan ditambah bagi memastikan keselamatan dan keamanan di kawasan berkenaan.

Israel melancarkan serangan besar-besaran ke atas Lubnan pada 8 Okt 2023 yang kemudian merebak menjadi perang skala penuh pada 23 Sept 2024. Konflik itu telah mengorbankan lebih 4,000 orang, mencederakan lebih 17,000 dan memaksa hampir 1.4 juta orang berpindah, menurut data rasmi.

Pasukan tentera Israel melakukan serangan hampir setiap hari di selatan Lubnan dengan mendakwa menyasarkan aktiviti Hizbullah, meskipun terdapat gencatan senjata antara Israel dan Lubnan yang dicapai pada November lepas. Perjanjian itu menamatkan pertempuran rentas sempadan selama beberapa bulan antara Israel dan kumpulan penentang Lubnan itu.

Pihak berkuasa Lubnan melaporkan hampir 3,000 pelanggaran gencatan senjata oleh Israel, termasuk menyebabkan sekurang-kurangnya 224 kematian dan lebih 500 cedera sejak perjanjian itu dimeterai.

Di bawah perjanjian gencatan senjata itu, Israel sepatutnya berundur sepenuhnya dari selatan Lubnan pada 26 Jan, namun tarikh akhir dilanjutkan ke 18 Feb selepas Tel Aviv enggan mematuhi perjanjian berkenaan. Israel masih mengekalkan kehadiran tentera di lima pos sempadan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan