Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seekor buaya menyerang dan membunuh seorang lelaki berusia 80 tahun di Pulau Sumatera, Indonesia, lapor Agensi Berita Jerman (dpa). Foto hiasan Envato

Lelaki 80 tahun maut diserang buaya di Pulau Sumatera, Indonesia

ByBernama

JAKARTA, 1 Julai: Seekor buaya menyerang dan membunuh seorang lelaki berusia 80 tahun di Pulau Sumatera, Indonesia, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Media tempatan melaporkan pada Isnin, lelaki itu dipercayai ingin membasuh kakinya di perairan cetek Sungai Way Semaka di selatan pulau itu selepas memotong rumput di kebunnya, menurut pihak berkuasa tempatan. Hartanah mangsa dilaporkan terletak betul-betul bersebelahan sungai itu.

“Seorang saksi melihat mangsa menanggalkan pakaiannya di tebing sungai dan menyedari seekor buaya berkelakuan mencurigakan di dalam air,” kata ketua polis tempatan kepada agensi berita Antara. Sejam kemudian, reptilia itu dilaporkan muncul semula dengan mayat lelaki itu di dalam rahangnya.

Haiwan itu menyeret mayat sejauh kira-kira 200 meter, menurut akhbar Kompas. Penduduk kampung kemudian membaling batu ke arah buaya itu untuk memaksanya melepaskan mangsa.

“Buaya itu akhirnya melepaskan mangsanya, namun mangsa meninggal dunia ketika ditemukan,” menurut polis, sambil menasihatkan penduduk agar berhati-hati ketika berada berhampiran sungai yang diketahui sebagai habitat buaya.

Pada Mei lepas, seorang lagi lelaki maut akibat serangan buaya di Sumatera,di dalam sebuah terusan. Antara 2015 hingga 2024, seramai 1,167 orang di Indonesia diserang buaya, menurut organisasi CrocAttack, jumlah yang jauh lebih ramai berbanding negara lain di dunia. Daripada jumlah itu, 556 serangan mengakibatkan kematian.

Sebagai negara kepulauan terbesar di dunia, Indonesia menjadi habitat kepada pelbagai spesies buaya, namun kebanyakan konflik melibatkan buaya air masin (Crocodylus porosus), juga dikenali sebagai buaya muara. Spesies ini ialah buaya terbesar dan paling berbahaya dan boleh ditemui di seluruh Asia Tenggara dan Australia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan