Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) boleh menebus Baucar Buku Guru MADANI bernilai RM100 mulai hari ini hingga 30 Sept ini. Foto KPM

Golongan pendidik boleh tebus Baucar Buku Guru MADANI mulai hari ini – KPM

ByBernama

PUTRAJAYA, 1 Julai: Semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) boleh menebus Baucar Buku Guru MADANI bernilai RM100 mulai hari ini hingga 30 Sept ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan PPP perlu melayari laman utama DELIMa di https://d2.delima.edu.my/login dan klik pautan ‘Tebus Baucar Buku Guru MADANI 2025’ bagi tujuan penebusan.

Inisiatif Baucar Buku Guru MADANI yang memberi manfaat kepada lebih 430,000 PPP di bawah KPM telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Majlis Perasmian Penutup Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 pada 1 Jun lepas.

“Ia merupakan hadiah ilmu untuk golongan pendidik yang bertujuan membudayakan amalan membaca dan pembelajaran sepanjang hayat,” menurut kenyataan itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan