Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Syed Mohamad Fauzi Shahab (kiri) dan Naib Canselor UNIMAS Prof Dr Ahmad Hata Rasit pada Majlis Perasmian UNIMAS Digital Technology Nexus 2025 di Kuching, hari ini. Foto Awang Azmil (TVS)

DigitalNEXUS 2025 pacu Sarawak ke arah ekonomi digital inklusif

ByAtikah Norman

KUCHING, 1 Julai: Sarawak terus memperkukuhkan kedudukannya sebagai peneraju transformasi digital menerusi penganjuran Persidangan UNIMAS Digital Technology Nexus 2025 (DigitalNEXUS), yang menjadi platform menghimpunkan pakar industri digital dan teknologi tempatan serta antarabangsa.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata pelaksanaan strategi pembangunan negeri ketika ini giat digerakkan menerusi Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13) dan Pelan Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

“Pelan ini memacu Sarawak ke arah menjadi negeri maju dengan masyarakat didorong data dan inovasi, sekali gus memastikan rakyat menikmati kemakmuran ekonomi, keterangkuman sosial dan persekitaran yang lestari,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi ucapan yang disampaikan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT), Syed Mohamad Fauzi Shahab, ketika merasmikan persidangan berkenaan di sini, hari ini.

Julaihi berkata kejayaan ekonomi digital sangat bergantung kepada kesiapsiagaan menyeluruh Sarawak dalam membangunkan ekosistem digital yang lengkap dan inklusif.

“Untuk membina ekonomi digital yang dinamik, Sarawak perlu mempunyai sistem sokongan yang stabil dan kukuh merangkumi infrastruktur digital, bakat dan kemahiran, inovasi, keselamatan siber serta kemudahan urus niaga,” katanya.

Menurut beliau, sehingga 31 Mei lalu, sebanyak 582 daripada 618 menara telekomunikasi di bawah projek SMA Rural Transformation (SMART) telah siap dibina, manakala 481 daripadanya telah mula beroperasi.

“Melalui inisiatif ini, liputan internet di Sarawak dijangka meningkat kepada 93.6 peratus menjelang akhir tahun ini berbanding 90.2 peratus ketika ini,” katanya.

Julaihi berkata, Sarawak kini muncul sebagai lokasi strategik bagi pelaburan pusat data berkuasa tinggi seperti pusat data hyperscale berasaskan kecerdasan buatan (AI) susulan kewujudan tenaga hijau, keluasan tanah serta sambungan gentian optik yang baik.

Katanya, bagi memastikan teknologi AI digunakan secara bertanggungjawab, kerajaan negeri telah menubuhkan Sarawak Artificial Intelligence Centre (SAIC) yang memberi tumpuan kepada tadbir urus dan pembangunan teknologi beretika.

“Namun, kemajuan teknologi semata-mata tidak mencukupi. Kita perlu mempercepatkan kesiapsiagaan digital termasuk penerapan AI, etika data dan keselamatan siber agar Sarawak benar-benar bersedia menjadi peneraju ekonomi digital menjelang 2030,” tegasnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan