Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
China tegas menolak perbuatan menyalahgunakan bantuan kemanusiaan untuk tujuan ketenteraan serta menggesa Israel menghentikan segala operasi tentera di Gaza serta-merta. Foto hiasan AFP

China tolak sekeras-kerasnya salah guna bantuan kemanusiaan

ByBernama

NEW YORK, 1 Julai: China tegas menolak perbuatan menyalahgunakan bantuan kemanusiaan untuk tujuan ketenteraan serta menggesa Israel menghentikan segala operasi tentera di Gaza serta-merta.

Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Fu Cong berkata formula “penyelesaian dua negara” merupakan satu-satunya pendekatan realistik bagi merungkai isu Palestin. Majlis Keselamatan PBB (UNSC) melancarkan debat terbuka mengenai isu Palestin-Israel pada Isnin.

Fu menegaskan keperluan akses kemanusiaan disalurkan sepenuhnya kepada rakyat Gaza yang memerlukan bantuan, selain tindakan pragmatik diambil untuk menggerakkan gencatan senjata.

Isu Palestin menjadi teras isu Asia Barat, kata beliau sambil menambah bahawa masyarakat antarabangsa perlu mengukuhkan perpaduan untuk mendorong proses politik “penyelesaian dua negara”.

Cubaan mengusir secara paksa rakyat Palestin dari tanah air mereka serta niat jahat untuk menakluki Gaza dan Tebing Barat mesti ditolak, kata Fu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan