Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pegawai-pegawai DBKU memastikan sistem CCTV bandar raya Kuching berfungsi dengan baik. Foto DBKU

CCTV DBKU mula beroperasi semula secara berperingkat

KUCHING, 1 Julai: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) mengaktifkan semula sistem kamera litar tertutup (CCTV) secara berperingkat bermula Isnin bagi memperkukuh pemantauan keselamatan bandar raya ini.

Pelaksanaan Fasa Pertama sistem pemantauan itu melibatkan pemasangan 64 unit CCTV di 17 tiang pada lokasi strategik sekitar kawasan pentadbiran DBKU, termasuk kawasan tumpuan awam, jalan utama dan lokasi berisiko tinggi.

Antara lokasi terlibat ialah Taman Sukma, Simpang Lampu Isyarat SEGO, Bangunan Lama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tebingan Boyan Gersik, Fort Margherita dan sekolah sekitar Jalan Kapur.

“Langkah ini sebahagian usaha menjayakan konsep Bandar Selamat serta menyokong pembangunan Kuching sebagai Bandar Pintar menerusi penggunaan teknologi pemantauan masa nyata,” menurut kenyataan DBKU pada Isnin.

Menurut DBKU, pengoperasian semula CCTV akan dijalankan secara berfasa bagi memastikan sistem berfungsi dalam keadaan optimum.

DBKU turut menyeru kerjasama orang ramai agar memelihara kemudahan awam itu dan segera melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa melalui Facebook rasmi DBKU, WhatsApp 016-8864466 atau talian hotline 082-446644. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan