Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan ketika menerima kunjungan hormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II Brunei, Dato Seri Setia Erywan Pehin Datu Pekerma Jaya Yusof

Sarawak, Brunei perkukuh kerjasama ekonomi dan pelaburan

KUCHING, 30 Jun: Kerajaan Sarawak dan Brunei Darussalam komited memperkukuh hubungan dua hala menerusi perbincangan kerjasama strategik dalam bidang ekonomi serta pelaburan.

Perkara itu dibincangkan semasa kunjungan hormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II Brunei, Dato Seri Setia Erywan Pehin Datu Pekerma Jaya Yusof kepada Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di Wisma Sumber Alam, hari ini.

Turut hadir Setiausaha Tetap Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Sarawak, Datu Abdullah Julaihi, Setiausaha Tetap MINTRED, Dzulkornain Masron dan Pengarah Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Awang Zamhari Awang Mahmood.

Delegasi Brunei turut disertai Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Pengiran Datin Paduka Shazainah Pengiran Dato Paduka Shariffudin, dua pegawai kanan kementerian serta Konsul Agung Brunei di Sarawak, Sheikh Abdul Mahdani Datuk Paduka Sheikh Abdul Gani.

Kunjungan tersebut mencerminkan kesungguhan kedua-dua pihak dalam memperkukuh hubungan diplomatik serta meneroka kerjasama serantau yang inklusif dan mampan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan