Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak 350 batang kayu balak yang ditemui di lokasi serbuan

PGA Sarawak tumpaskan sindiket balak, arak, diesel dan dadah

KUCHING, 30 Jun: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak berjaya mematahkan beberapa kegiatan jenayah membabitkan sindiket pembalakan haram, penyeludupan minuman keras, minyak diesel dan dadah dengan nilai rampasan keseluruhan mencecah RM5.49 juta menerusi empat operasi khas yang dijalankan baru-baru ini.

Memetik laporan Suara Sarawak, Komander Briged Sarawak, SAC Dr. Che Ghazali Che Awang berkata, antara kejayaan terbesar dicatat melalui Operasi Libas di Sibu melibatkan sepasukan polis dari Cawangan Risik Batalion 10 PGA Sibu menyerbu sebuah kawasan pembalakan haram.

“Tiga lelaki tempatan berusia 39 hingga 57 tahun ditahan dan sejumlah 350 batang kayu balak pelbagai saiz serta sebuah mesin pemotong kayu turut dirampas. Nilai rampasan dianggarkan RM3.5 juta,” katanya dalam kenyataan media.

Kes diserahkan kepada Jabatan Hutan Bahagian Sibu untuk tindakan di bawah Seksyen 96 Ordinan Perhutanan Sarawak 2015.

Dalam serbuan kedua menerusi Op Taring Alpha pada 23 Jun, sebanyak 32,736 liter minuman keras pelbagai jenama disyaki belum lulus cukai dirampas di Kuching dengan nilai rampasan RM1.46 juta.

Lima lelaki tempatan berusia 26 hingga 36 tahun turut ditahan.

Serbuan ketiga melalui Op Taring Bravo di Miri melibatkan rampasan 39,300 liter minyak diesel dan tangki simpanan, serta penahanan dua lelaki tempatan. Nilai rampasan dianggarkan RM486,065.

Manakala dalam kes keempat di Lundu, tiga lelaki tempatan diberkas bersama satu paket plastik lut sinar mengandungi serbuk dan ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine.

Tangkapan dan rampasan diserahkan kepada IPD Lundu untuk siasatan lanjut.

“PGA Briged Sarawak akan terus komited mengekang kegiatan jenayah merentas pelbagai sektor termasuk perhutanan, penyeludupan dan penyalahgunaan dadah,” ujar Che Ghazali.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan