Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan bola sepak lelaki IPSS muncul johan dalam acara sukan Karnival TVET Pertanian Peringkat Kebangsaan 2025. Foto IPSS

Pasukan bola sepak IPSS muncul johan Karnival TVET Pertanian 2025

ByTVS

KUCHING, 30 Jun: Pasukan bola sepak lelaki Institut Pertanian Sarawak Semongok (IPSS) menampilkan aksi cemerlang apabila dinobatkan johan dalam acara sukan Karnival TVET Pertanian Peringkat Kebangsaan 2025 anjuran Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Menurut kenyataan IPSS, karnival itu menghimpunkan institusi pertanian dari seluruh negara dalam pelbagai acara membabitkan pertandingan berasaskan inovasi dan sukan.

“Kontinjen IPSS yang terdiri daripada 31 peserta termasuk kakitangan dan pelatih menyertai karnival ini dengan semangat kesukanan serta inovasi yang tinggi,” menurut kenyataan itu hari ini.

Selain kejayaan dalam acara bola sepak lelaki, IPSS turut meraih tempat ketiga bagi acara street soccer perempuan.

Dalam pertandingan inovasi, dua penyertaan IPSS turut berjaya mencatat keputusan memberangsangkan apabila masing-masing meraih tempat ketiga bagi Kategori A, Inovasi Pelatih dan Kategori B, Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran.

“Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan IPSS dalam melahirkan pelatih berkemahiran tinggi, berinovasi serta aktif dalam pembangunan sahsiah dan semangat berpasukan,” menurut kenyataan itu lagi.

Karnival TVET Pertanian diadakan pada Sabtu lepas di Shah Alam.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan