Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bekas pemain negara, Nor Saiful Zaini Nasiruddin. Foto Bernama.

Nor Saiful Zaini sasar layak ke separuh akhir Piala Asia B-18

ByBernama

KUALA LUMPUR, 30 Jun: Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) menyasarkan pasukan bawah 18 tahun (B-18) negara mara ke separuh akhir pada edisi sulung Kejohanan Piala Asia B-18 di China awal bulan depan.

Ketua jurulatih hoki remaja negara Nor Saiful Zaini Nasiruddin berkata sasaran itu berdasarkan kekuatan pasukan dalam Kumpulan B yang bakal bersaing bersama-sama skuad Malaysia.

Beliau berkata barisan jurulatih dan pemain pasukan B-18 negara juga memiliki reputasi yang hebat dalam kumpulan umur berkenaan.

“Kalau tengok balik saingan Kumpulan B, kita ada Indonesia, Jepun, Kazakhstan dan Taiwan. Saya rasa kita mampu menduduki tempat pertama atau kedua kumpulan seterusnya layak ke separuh akhir.

“Malah kalau kita dapat muncul juara kumpulan, saya rasa kita mungkin dapat layak ke akhir,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sementara itu, Nor Saiful Zaini berkata beliau akan menggunakan kejohanan itu sebagai medan untuk membesarkan kumpulan pemain yang berpotensi sebagai persediaan menghadapi Piala Dunia Remaja di India hujung tahun ini.

“Semua pemain yang berada dalam pasukan B-18 ini tidak ada dalam pasukan saya (skuad remaja) . Maka dengan adanya mereka, kita akan ada kumpulan bakat yang lebih besar,” katanya.

Pada Kejohanan Piala Asia B-18, Malaysia akan membuka tirai saingan dengan bertemu Kazakhstan pada 3 Julai, diikuti Indonesia (4 Julai), Taiwan (6 Julai), Jepun (7 Julai) dan Uzbekistan (9 Julai).

Mengikut format pertandingan, hanya dua pasukan terbaik setiap kumpulan akan mara ke separuh akhir. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan