Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gunung Fuji, puncak tertinggi di Jepun, akan dibuka untuk musim mendaki musim panas tahun ini pada awal Julai dengan yuran dan sekatan baharu. Foto AFP

Musim mendaki di Gunung Fuji bermula dengan peraturan baharu

ByBernama

FUJIYOSHIDA (Jepun), 30 Jun: Gunung Fuji, puncak tertinggi di Jepun, akan dibuka untuk musim mendaki musim panas tahun ini pada awal Julai dengan yuran dan sekatan baharu, lapor Jiji Press.

Mulai tahun ini, kedua-dua Wilayah Shizuoka dan Yamanashi di tengah Jepun, di mana gunung itu terletak akan mengenakan bayaran 4,000 yen (US$25) seorang bagi pendaki yang melepasi stesen kelima.

Sekatan akan diperketatkan bagi mengelakkan kesesakan di laluan pendakian serta membanteras pendakian malam secara sembarangan. Ia termasuk larangan memasuki kawasan melepasi stesen kelima antara pukul 2 petang hingga 3 pagi keesokan hari.

Seorang pegawai pengendali pondok gunung menyuarakan harapan agar langkah baharu ini “dapat mengurangkan kesesakan pendaki dan mengurangkan sampah.”

Musim mendaki tahun ini akan bermula pada Selasa bagi Laluan Yoshida di bahagian Yamanashi di gunung setinggi 3,776 meter itu, manakala Laluan Fujinomiya, Gotemba dan Subashiri di bahagian Shizuoka akan dibuka pada 10 Julai. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan