Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Serangan terbaru Israel ke atas Gaza, khususnya di Rafah, telah meragut lebih 600 nyawa rakyat Palestin dalam tempoh tiga hari. Foto AFP

Mesir usahakan genjatan senjata 60 hari di Gaza

ByBernama

ISTANBUL, 30 Jun: Menteri Luar Mesir pada Ahad berkata negaranya sedang berusaha merangka satu perjanjian baharu Gaza yang merangkumi genjatan senjata selama 60 hari, sebagai pertukaran bagi pembebasan beberapa tawanan Israel serta kemasukan segera bantuan kemanusiaan ke wilayah yang dikepung itu, lapor agensi Anadolu Ajansi (AA).

“Kami sedang berusaha ke arah penyelesaian berkekalan dan genjatan senjata menyeluruh,” kata Badr Abdelatty dalam satu wawancara yang disiarkan di saluran televisyen tempatan, OnTV.

Beliau menjelaskan, cadangan itu merupakan usaha bersama Mesir, Qatar dan Amerika Syarikat dan disifatkan sebagai “langkah pertama” ke arah genjatan senjata yang mampan.

“Apa yang dibentangkan kini ialah satu gencatan selama 60 hari, sebagai pertukaran bagi pembebasan sejumlah tawanan Israel serta penghantaran segera bantuan ke Gaza, termasuk bekalan perubatan,” katanya.

Langkah ini dijangka “mewujudkan momentum ke arah gencatan senjata yang berkekalan, seterusnya membuka jalan kepada pelaksanaan perjanjian 19 Jan,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan