Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Digital sedang dalam proses menyediakan laporan terperinci mengenai keperluan undang-undang berkaitan kecerdasan buatan (AI) untuk dibentangkan di Dewan Rakyat. Foto fail Bernama

Laporan terperinci keperluan undang-undang berkaitan AI sedang disiapkan – Gobind

ByBernama

KUALA LUMPUR, 30 Jun: Kementerian Digital sedang dalam proses menyediakan laporan terperinci mengenai keperluan undang-undang berkaitan kecerdasan buatan (AI) untuk dibentangkan di Dewan Rakyat.

Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata kajian berkaitan AI telah dimulakan oleh Pejabat Kecerdasan Buatan Nasional (NAIO) dan akan dikemukakan kepada kementerian berkenaan tidak lama lagi.

“(Selepas NAIO buat pembentangan), kemudian kita akan kemukakan kepada kabinet untuk keputusan berkaitan dengan langkah seterusnya,” katanya selepas merasmikan kempen ‘Kita Bagi Jadi Komuniti’ oleh CIMB Group Holdings Bhd di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan akan meneliti sama ada perlu menggubal undang-undang khusus berkaitan AI atau sekadar memperkenalkan piawaian dan peraturan seperti yang diamalkan di beberapa negara lain.

“AI ini adalah satu perkara yang merentasi semua bidang.

“Terdapat bidang-bidang tertentu yang memerlukan peruntukkan dari sudut perundangan kerana risiko yang lebih tinggi dan perlu ada struktur yang membolehkan tindakan tertentu diambil untuk memastikan perlaksanaan dan sebagainya,” katanya.

Gobind berkata terdapat juga bidang berkaitan AI yang tidak memerlukan pengawalan melalui undang-undang, sebaliknya memadai dengan penggubalan peraturan atau piawaian sahaja.

“Jadi, dalam keadaan itu kita perlu melihat dan menggariskan secara luas apakah sebenarnya aspek-aspek yang kita lihat perlu kawalan dan jenis kawalan yang diperlukan sama ada dari sudut piawaian, peraturan ataupun dari sudut perundangan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan