Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keputusan sama ada pemain beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah kekal bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hanya akan diketahui sebelum Terbuka Jepun pada 15 Julai ini. Foto Bernama & AFP

Kontrak Pearly-Thinaah dimuktamadkan sebelum Terbuka Jepun – Tengku Zafrul

ByBernama

KUALA LUMPUR, 30 Jun: Keputusan sama ada pemain beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah kekal bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hanya akan diketahui sebelum Terbuka Jepun pada 15 Julai ini.

Presiden BAM Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata perkara itu dipersetujui kedua-dua pemain berkenaan dalam sesi libat urus yang berlangsung hari ini.

Beliau berkata terdapat beberapa perkara yang perlu dimuktamadkan antara BAM dan pemain itu sebelum keputusan sebenar dapat dicapai.

“Kita dah hampir nak memuktamadkan. Perbincangan kita tinggal satu, dua isu saja yang saya rasa boleh kita selesaikan, insya-Allah.

“… tetapi masa yang diberikan, saya tetapkan tadi dan mereka juga bersetuju supaya ia dapat diselesaikan sebelum Terbuka Jepun ini dan kita buat satu pengumuman (berhubung perkara itu),” katanya pada sidang media selepas sesi libat urus bersama pemain di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan pasangan berkenaan masih belum menandatangani kontrak baharu bersama BAM selepas kontrak terdahulu tamat pada Disember lepas.

Di sebalik ketidaktentuan masa depan mereka bersama BAM, Pearly-Thinaah tetap menunjukkan prestasi cemerlang apabila menjuarai Terbuka Thailand pada Mei.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul ketika ditanya sama ada pasangan yang berada di ranking ketiga dunia itu meminta ganjaran yang lebih tinggi berbanding sebelum ini, beliau mengakui perbincangan mengenai perkara itu sentiasa menjadi perkara biasa dalam mana-mana rundingan.

“Saya rasa dalam mana-mana rundingan kontrak, sentiasa ada perbincangan. Apa yang adil bagi saya ialah kita perlu menghargai mereka sewajarnya lah, sumbangan mereka.

“… dan juga apa yang penting bagi saya ialah apabila kita menghargai seseorang atau dalam kes ini pasangan itu, kita juga perlu meletakkan sasaran. Jadi, jika mereka melakukan lebih baik, kita harus membayar mereka lebih,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan