Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan bomba berdepan cabaran memadamkan beberapa kebakaran yang marak akibat tiupan angin kencang dan merebak ke kawasan penempatan berhampiran wilayah barat Turkiye, Izmir. Foto fail AFP

Kebakaran hutan dekat Izmir, Turkiye, penduduk dipindahkan

ByBernama

ISTANBUL, 30 Jun: Pasukan bomba berdepan cabaran memadamkan beberapa kebakaran yang marak akibat tiupan angin kencang dan merebak ke kawasan penempatan berhampiran wilayah barat Turkiye, Izmir, lapor agensi berita Jerman (dpa) memetik pihak berkuasa.

Menteri Perhutanan Turkiye, Ibrahim Yumakli berkata pada Isnin, kebakaran berlaku di tiga lokasi sepanjang garisan sejauh 12 kilometer di kawasan luar bandar Izmir.

Seramai 21 orang terjejas akibat terhidu asap dan telah menerima rawatan, katanya, sambil menambah enam kawasan penempatan di Izmir telah dipindahkan.

Empat pesawat dan 14 helikopter telah dikerahkan untuk memadam kebakaran, manakala punca kebakaran masih belum diketahui, kata Yumakli.

Terdahulu, pasukan penyelamat bertungkus-lumus sepanjang malam untuk mengawal api, menurut agensi berita Anadolu.

Penyiar rasmi TRT melaporkan beberapa kereta musnah dalam kebakaran itu.

Penerbangan di Lapangan Terbang Izmir juga digantung sementara sebelum disambung semula, kata Anadolu.

Sementara itu, pasukan bomba turut berdepan kebakaran hutan di sekurang-kurangnya lima wilayah lain.

Turkiye telah berdepan kebakaran hutan besar-besaran terutamanya di sepanjang pantai Aegean dan Mediterranean dalam beberapa tahun kebelakangan ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan