Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Patrick Mosinoh Jr (kanan) dan Rebecca Chong (dua kanan) yang menerima anugerah merit bagi kategori Kewartawanan Penyiaran pada Anugerah Kewartawanan Kinabalu 2025. Foto TVS

Isu demensia lonjak nama TVS di pentas kewartawanan Sabah

KOTA KINABALU, 30 Jun: TVS mencatat kejayaan bersejarah apabila buat pertama kali memenangi pengiktirafan dalam Anugerah Kewartawanan Kinabalu 2025 yang berlangsung di sini malam Ahad.

Stesen tersebut meraih anugerah merit menerusi laporan khas bertajuk “Ketahui Tanda-Tanda Awal Demensia, Dapatkan Rawatan”, hasil kolaborasi wartawan Rebecca Chong dan jurukamera Patrick Mosinoh Jr.

Disiarkan pada 22 Oktober 2024, laporan itu menyorot kepentingan pengesanan awal penyakit demensia serta peranan Comfort Aged Care Centre di Kota Kinabalu dalam memberikan rawatan dan sokongan kepada pesakit serta keluarga mereka.

Presiden Persatuan Sokongan Penyakit Alzheimer Sabah, Kent Chau, menyifatkan pesakit demensia sebagai individu yang sedang lemas, memerlukan penyelamat yang terlatih sambil menyeru masyarakat agar tidak berasa bersalah mendapatkan bantuan profesional.

Laporan itu turut mengetengahkan inisiatif kesedaran yang digerakkan Kent bersama Rotary Club of Bintulu Central, selain mencadangkan agar bangunan terbiar dimanfaatkan sebagai pusat penjagaan komuniti.

Pengiktirafan ini mengukuhkan komitmen TVS dalam menghasilkan laporan berimpak tinggi yang memberi suara kepada komuniti serta membawa isu kesihatan mental ke perhatian umum.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan