Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ali Larijani, Penasihat Tertinggi kepada Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei.Foto fail AFP

Israel ugut kepimpinan Iran pada hari pertama serangan – Penasihat Tertinggi

ByBernama

TEHRAN, 30 Jun : Israel menghantar mesej berunsur ugutan kepada beberapa pegawai kanan politik, ketenteraan dan keselamatan Iran pada hari pertama serangan terhadap negara itu, kata penasihat tertinggi kepada Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Dalam satu kenyataan yang disiarkan di televisyen negara pada Ahad, Ali Larijani berkata matlamat Israel bukan sekadar menyasarkan struktur politik dan ketenteraan, tetapi juga secara langsung mengugut kepimpinan Iran bagi melemahkan struktur negara secara pantas.

“Musuh mengira bahawa mereka boleh melumpuhkan struktur negara dengan cepat melalui serangan ke atas pegawai tertinggi Iran ketika mesyuarat kepimpinan.

“Langkah seterusnya ialah ugutan secara langsung terhadap Pemimpin Revolusi Islam,” katanya.

Larijani berkata Israel dan Amerika Syarikat menyedari bahawa andaian mereka—bahawa rakyat Iran akan meninggalkan kerajaan ketika konflik—ternyata silap, apabila perpaduan dan keteguhan rakyat memaksa Israel menilai semula sasarannya.

Beliau turut mendedahkan bahawa selain mesej ancaman terhadap beberapa pegawai kanan, beliau sendiri menerima mesej menyuruhnya meninggalkan Tehran dalam masa 12 jam.

“Saya juga menerima mesej yang menyatakan saya hanya ada 12 jam untuk meninggalkan Tehran. Jika tidak, saya akan menerima nasib yang sama seperti Komander Gholam Ali Rashid dan Ketua Turus Angkatan Tentera Jeneral Mohammad Bagheri. Namun saya telah memberikan jawapan yang setimpal kepada seseorang seperti (Perdana Menteri Israel) Benjamin Netanyahu,” katanya.

Larijani menegaskan bahawa dua faktor utama yang mengubah haluan peperangan iaitu keupayaan peluru berpandu Iran yang canggih serta sokongan tidak berbelah bahagi daripada rakyatnya.

“Keseluruhan usaha Netanyahu adalah untuk memaksa rakyat Iran menyerah kalah. Namun, kuasa peluru berpandu Iran telah menjadi penentu dalam konflik ini,” katanya.

Mengulas mengenai serangan Iran ke atas Pangkalan Udara Al-Udeid di Qatar, iaitu pangkalan tentera AS terbesar di Asia Barat, Larijani berkata situasi sebenar adalah bertentangan dengan kenyataan para pegawai AS.

“Enam peluru berpandu, masing-masing membawa kepala peledak seberat 400 kilogram, telah mengenai pangkalan itu. Kami tahu apa yang berlaku, tetapi biarlah (Presiden AS) Donald Trump terus berbahagia dengan fantasinya,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan