Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Duta Besar dan Wakil Tetap Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Amir Sa’eed Iravani mengecam serangan sengaja oleh Israel ke atas petugas perubatan Iran dalam satu aduan rasmi yang dikemukakan kepada PBB, lapor Agensi Berita Republik Islam Iran (IRNA). Foto AFP

Iran kemuka aduan kepada PBB berhubung serangan Israel ke atas sektor kesihatan

ByBernama

NEW YORK, 30 Jun: Duta Besar dan Wakil Tetap Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Amir Sa’eed Iravani mengecam serangan sengaja oleh Israel ke atas petugas perubatan Iran dalam satu aduan rasmi yang dikemukakan kepada PBB, lapor Agensi Berita Republik Islam Iran (IRNA).

Dalam surat yang dihantar pada Ahad kepada Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres dan Presiden Majlis Keselamatan PBB, Iravani berkata rejim Israel dengan sengaja menyasarkan petugas perubatan dan fasiliti kesihatan Iran sepanjang pencerobohan baru-baru ini, dalam pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa, khususnya undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Beliau menegaskan “pencerobohan tentera Israel yang kejam dan berterusan” mengakibatkan kematian ramai orang awam serta kerosakan besar terhadap infrastruktur bukan ketenteraan di seluruh Iran.

Iravani berkata tindakan Israel itu adalah pelanggaran nyata terhadap undang-undang kemanusiaan dan hak asasi manusia antarabangsa serta perjanjian berkaitan lain, dengan menyerang petugas perubatan dan pusat kesihatan secara sistematik, menyebabkan kehilangan nyawa yang besar dan kemusnahan meluas.

Israel memulakan pencerobohan pada 13 Jun, hanya tiga hari sebelum rundingan yang dijadualkan antara Iran dan Amerika Syarikat berhubung program nuklear aman Tehran dijadualkan berlangsung.

Amerika Syarikat menyertai peperangan pada 22 Jun dengan melancarkan serangan udara ke atas tiga tapak nuklear Iran iaitu Fordow, Isfahan dan Natanz.

Sebagai tindak balas, Angkatan Tentera Iran melancarkan serangan balas menyasarkan kedudukan utama di wilayah yang diduduki Israel dan menyebabkan kerosakan besar.

Gencatan senjata kemudian diumumkan pada 24 Jun.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan