Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Parlimen Iran telah meluluskan undang-undang untuk mengharamkan  penggunaan Starlink, perkhidmatan Internet satelit yang dikendalikan oleh SpaceX milik Elon Musk, menurut laporan agensi berita Jerman dpa yang memetik ISNA pada Ahad. Foto fail AFP

Iran bakal haramkan Starlink, hukuman penjara dan sebat kepada pengguna

ByBernama

TEHRAN, 30 Jun: Parlimen Iran telah meluluskan undang-undang untuk mengharamkan  penggunaan Starlink, perkhidmatan Internet satelit yang dikendalikan oleh SpaceX milik Elon Musk, menurut laporan agensi berita Jerman dpa yang memetik ISNA pada Ahad.

Di bawah undang-undang itu, pelanggaran boleh dihukum dengan denda, sebatan atau penjara sehingga dua tahun.

Tidak jelas sejauh mana penggunaan Starlink di Iran. Namun, kos perkhidmatan itu berkemungkinan di luar kemampuan kebanyakan isi rumah.

Starlink merupakan antara satu-satunya alat yang boleh digunakan rakyat Iran semasa gangguan Internet yang dikenakan pihak berkuasa, seperti yang berlaku baru-baru ini semasa perang dengan Israel.

Parlimen Iran turut meluluskan langkah untuk meningkatkan hukuman bagi kesalahan pengintipan. Di bawah undang-undang baharu itu, “kerjasama operasi” dengan entiti asing boleh dihukum mati. Istilah berkenaan tidak dijelaskan dalam undang-undang, namun pemerhati melihatnya sebagai satu lagi usaha menakut-nakutkan penentang dan pengkritik rejim.

Kedua-dua keputusan itu masih memerlukan pengesahan daripada Majlis Penjaga, badan pengawasan perlembagaan yang berkuasa. Proses pengesahan ini biasanya hanya sebagai formaliti.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan