Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing dan tetamu jemputan bersama pelajar cemerlang SPM 2024, SMK Meradong. Foto TVS

Insentif pelajar cemerlang Meradong dinaikkan tahun 2025

BINTANGOR, 30 Jun: Pelajar cemerlang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Meradong bakal menikmati kenaikan insentif pendidikan bermula tahun hadapan sebagai galakan untuk terus mencapai kecemerlangan akademik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata keputusan menaikkan jumlah insentif itu dibuat berikutan peningkatan kos sara hidup yang turut memberi kesan kepada pelajar dan keluarga mereka.

“Saya memberikan insentif ini sejak sekian lama, namun jumlahnya tidak pernah berubah. Jadi, bermula tahun depan, saya akan tambah.

“Ini sebahagian usaha saya untuk meringankan beban dan memberi dorongan kepada mereka untuk terus cemerlang dalam peperiksaan SPM mahu pun STPM,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian insentif kepada 29 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meradong, di sini, hari ini.

Menurut Ding, inisiatif tersebut bukan hanya sebagai penghargaan atas kejayaan pelajar, malah bertujuan membina semangat bersaing secara sihat dalam kalangan pelajar lain.

“Insentif ini juga diharap menjadi pembakar semangat kepada pelajar lain agar lebih gigih dalam pelajaran dan berusaha mencapai keputusan yang membanggakan,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan pelaksanaan satu projek menaik taraf Dewan SMK Meradong yang dijangka bermula pada tahun 2026 menerusi peruntukan RM150,000 di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP).

“Projek tersebut akan melibatkan kerja-kerja menaik taraf kemudahan dewan termasuk pemasangan penghawa dingin baharu bagi keselesaan pelajar dan warga sekolah,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan