Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Fadil Marsus, akan memangku jawatan Pengarah JSJ Bukit Aman mulai esok.

Fadil pangku Pengarah JSJ kuat kuasa 1 Julai

ByTVS

KUALA LUMPUR, 30 Jun: Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Fadil Marsus, akan memangku jawatan Pengarah JSJ Bukit Aman mulai esok.

Beliau menggantikan Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain yang telah ditukarkan ke Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), berkuat kuasa 1 Julai.

Serah terima tugas itu disaksikan oleh Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, dan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Terdahulu, media melaporkan bahawa Mohd Shuhaily akan berkhidmat di AKPS selama dua tahun, bermula 1 Julai.

Beliau yang memegang jawatan Pengarah JSJ sejak Ogos 2023, dilantik sebagai Ketua Pengarah AKPS sehingga 30 Jun 2027.

Selain itu, Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar S Muthuvelu, dilaporkan akan mengambil alih jawatan Pengarah JSJ daripada Mohd Shuhaily. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan