Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bekas pemain perseorangan lelaki negara Iskandar Zulkarnain Zainuddin kembali ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), kali ini sebagai jurulatih sektor perseorangan. Foto AFP.

BAM lantik Iskandar Zainuddin sebagai jurulatih perseorangan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 30 Jun: Bekas pemain perseorangan lelaki negara Iskandar Zulkarnain Zainuddin kembali ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), kali ini sebagai jurulatih sektor perseorangan.

Pelantikan Iskandar Zulkarnain, 33, itu diumumkan Presiden BAM Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada sidang media di Akademi Badminton Malaysia hari ini.

“Iskandar Zulkarnain akan memulakan tugasnya pada 1 Oktober ini. Rundingan sedang berjalan dan akhirnya minggu lepas kita dapat memuktamadkan dan beliau akan pulang dari Ireland,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan BAM menawarkan Iskandar Zulkarnain untuk menyertai barisan kejurulatihan pemain kebangsaan.

Perkara itu disahkan Iskandar Zulkarnain sendiri, namun masih belum mengetahui jawatan yang bakal disandangnya.

Naib juara Masters Malaysia 2016 itu mula berkhidmat sebagai jurulatih sepenuh masa skuad badminton Ireland pada 2022 dan berjaya membawa pemain perseorangan lelaki negara berkenaan Nhat Nguyen layak beraksi pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.

Sebelum itu, beliau menjadi rakan sepelatih kepada Nguyen sebagai persiapan pemain itu sebelum menghadapi kejohanan utama. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan